Sunday, February 17, 2013

Rindu Terubat

Alhamdulillah, antara nikmat yg Allah bagi yang tidak terkata langsung, berpeluang ke Sipitang. Sipitang salah satu daerah di Sabah Negeri Bawah Bayu. Perjalanan ke Sipitang bermula pada hari Jumaat yang lepas, 15 Feb sekitar jam 1.00 petang. Alhamdulillah, segala onak duri telah berjaya diredah sepanjang perjalanan yang menguji keimanan dan kestabila mulut dan perut dari mengeluarkan isinya, den dan kawan-kawan yang lain selamat sampai di Pekan Sipitang sekitar jam 3.30 petang. Dua jam tiga puluh minit ini memang terbaiklah!

Masa bus sampai dkat Pekan Sipitang tu, dari cermin bus dh nampak Kak Yati. Senyum panjang dah. Teruja yang teramat tu dah pasti. Tapi dalam hati, x rasa mcm lain atau mcm 'lamanya x jumpa kak yati.' Mungkin sebab, selalu berhubung kan. Jadi, itu lah.Dari stesen bus tu terus ke BestaMart beli brg2 sikit then Kak Yati drop dkat rumah tmpat tinggal kami dan bersiap-siap untuk menjemput sohib2-sohib yang datang dari Kota Kinabalu pula. Malamnya,ada sikit sambutan hari jadi buat Mama Kak Yati. Semoga Allah panjangkan umur Mama Kak Yati dalam keimanan, semoga Allah bagi kesihatan yang baik kepada Mama Kak Yati untuk terus beribadat kepada Allah.

Hari kedua, seleps solat subuh dan bacaan al-Ma'thurat,Allah bagi peluang untuk belajar salah satu qasidah. Selawat buat Nabi yang tercinta, Nabi Muhammad. Kemudian, hemat diri untuk bersiap-siap bermusafir lagi ke Beaufort. Perjalan ke Beaufort bermula dari rumah Kak Yati hingga ke Tamu Beaufort dan Restoran Cili Hijau. Kembali semula ke Sipitang sekitar jam 3 petang lebih-lebih sikit kemudian ke Sindumin,melawat bekas senior kesayangan juga, Kak Ibah. Bahagia lah juga. Macam lama x jumpa Kak Ibah. Akhirnya, Allah panjangkan umur dan Allah bagi peluang untuk berjumpa kembali.Bersyukur sangat-sangat. Dari sana, perjalan diteruskan ke Esplanade semata-mata untuk beli satey. Adalah yang beli satey ayam,daging lembu dgan satey kambing. Malam tu,lepas isyak,smua org makan satey 2 dgan heavennya. Bahagia lagi 2 muka masing-masing. Lepas tu, setiap seorang sohib,diminta untuk kemukakan tiga peristiwa yang sangat menarik sepanjang mengikuti Jaulah 2.0. Banyak cerita yang alhamdulillah, menyentuh kekuatan qalbu. Antaranya:


  1. Keberadaan kita bersama ibu bapa. Saya percaya, setiap kita ni, kekuatan kita adalah kedua ibu bapa kita yang tercinta. Semua kita ni,sangat susah untuk berenggang dgan kedua ibu bapa bila kita punya sedikit masa untuk bersama mereka. Saya tahu,semua kita ni, jauh dalam hati ada hasrat untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita.Saya percaya, antara perkara yang menyebabkan kita berjaya hari ini adalah doa ibu bapa yang tidak pernah putus-putus buat anak-anak kesayangannya. Saya sangat percaya, kekuatan kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan adalah kerana ibu bapa yang tercinta. Saya sangat percaya, ibu bapa adalah orang-orang yang mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam hati kita selepas Allah dan Rasul SAW. Maka, berbaktilah untuk mereka selagi nyawa dikandung badan. Berusahalah menjadi anak yang soleh/solehah kerana hanya anak yang soleh/solehah ini lah yang mampu membantu mereka selepas nyawa tidak lagi menjadi milik.
  2. Hidup setiap kita ini adalah corak-corak indah yang telah Allah ciptakan untuk kita,khas untuk kita. Jadi sahabat-sahabat sekalian,berhentilah membandingkan keadaan kehidupan kita dengan orang lain. Yakinlah,corak hidup yang Allah ukir buat kita sangat indah dan sangat bermakna dan sudah tentu yang terbaik buat kita.Terima dan redha.
  3. Warga dunia vs warga akhirat. Fikir-fikirkan,kita ke arah mana?
Banyak sangat kenangan yang berlaku. Akhirnya,kami berpisah pada jam 9.++ pagi.Air mata menjadi saksi perpisahan. Type entry ni pun,rasa sayu itu masih terasa.

Ya Allah,kuatkanlah hati ini. Berkatilah hubungan ini. Semuga hubungan ini kekal hingga ke syurgaMu.

Thursday, February 14, 2013

How I miss them

Sejak cuti bermula ni, makin rajin pula msej ayah,call mak, call adik.kdg2,smpat  lgi mntad dyorg call balik. Msej punya msej dgan Ayah, satu hri 2 den tersilap hntar msej dkat org lain sbabnya keadaan mamai yg thap gaban. Lepas 2 tersedar jam 4.30 pgi,rsa malu sndiri yg x sudah2. Smpai hri ni, blum hilang malu.

Rindunya dgan Mak Allah je yg tahu. Blh2 den doa skrg, 'cepatlah bulan 3'

Friday, February 8, 2013

Bercuti.

Secara rasminya, bermula hari ini 8 Feb sehinggalah 17 Feb adalah tempoh cuti bermula utk semua yg bersekolah serta pelajar-pelajar IPG.

Seperti tahun-tahun dulu, IPG Keningau jga x pernah tertinggal dalam mengambil cuti utk Tahun Baru Cina ini. Macam 3 tahun yang lepas, den mmg x 'mulih' (pulang) untuk cuti tahun baru ini. Mak suruh juga balik tapi bila usha tiket yang jejak RM 1K, mmg x jdi nk balik lah. X ap lh, before-before ni pun bukan balik kan.

Banyak kerja & aktiviti yang telah dirangka dalam kepala otak den ni sepanjang masa tanpa kuliah ini. Antaraya, sudah tentu, anda pun mampu teka kan, assignmnent. Lepas 2, mcm tahun-tahun yang lepas juga, den akan bersama sohib2 den utk berjalan-jalan ke Kota Kinabalu. Ada satu tambahan aktiviti yang baru utk cuti CNY tahun ini. Nak tahu apa? Den akan berjaulah selama tiga hari dua malam bersama-sama geng-geng naqibah den. Tempat jaulah kali ini adalah Sipitang,Sabah. Berjumpa dengan seseorang yang sangat dirindui.

Aktiviti sepanjang cuti:

  1. Assignment ELM3103 (fail meja)
  2. Assignment SCE3109 (Lab report)
  3. Assignment SCE3110 (Lab report + PCK)
  4. Assignment EDU 3106
  5. Berjalan-jalan ke Kota Kinabalu
  6. Jaulah ke Sipitang
  7. Memikirkan keadaan Mawaddah Feb (Kematian)
  8. Berehat sepenuhnya
So, buat kawan-kawan yang sudah menerima elaun, jangan lupa infak sedikit. Ingat, duit yang kita terima itu, ada hak orang lain.

Tuesday, February 5, 2013

Hikmah Kejadian

Permohonan maaf buat yang selalu buka blog ni, tapi x ada ap2 pun yang kena update.

Ok, hari ini nk cerita psal hikmah kejadian.

Kalau kita perasan, antara kita atau kita sendiri selalu akan cakap

'InsyaAllah, akan ada hikmah kejadian ini'

kan. Mesti kita tercakap ataupun memang berniat untuk bercakap semata-mata memujuk hati yang mungkin merana, mungkin tidak redha pada awalnya dengan kejadian yang berlaku. Hal ini pun jadi juga pda diri saya. Tapi, sedar kah kita keadaan hati kita dalam mengucapkan barisan-barisan ayat di atas?

Sejujurnya, saya sendiri sejak 2-3 hari ini merasakan, betapa hati sesorg itu kuat utk bercakap barisan ayat di atas tu. Yup, dgan kejadian-kejadian yang kdg2 menggugat keimanan kita, namu jauh di sudut hati kita yang lara ini kita ucapkan ayat itu. Saya percaya, hati-hati yang berkata dan percaya dengan adanya hikmah dalam setiap kejadian dan seterusnya sabar menanti hikmah disebalik kejadian yang mengguncang iman ini, adalah hati-hati yang hidup dengan rahmat Allah dan hati-hati yang sangat kuat.

Semoga kita ni pun ada hati yang kuat dalam menantikan hikmah sesuatu kejadian. Kawan-kawan, anggaplah ujian yang Allah timpakan untuk kita ni sbnarnya satu tarbiyyah dari Allah dalam mendewasakan kita, dalam menguatkan hati kita. Masa saya tumblr, saya ada terbaca satu ayat-ayat follower saya:

Ujian datang untuk bersihkan hati. Sehingga di dalam hati Allah sahaja yang tinggal.

Ingat, dugaan yang mendatang sebenarnya satu wake up call utk kita dekatkan lagi diri dengan Allah. Walau kita rasa kita ada ramai kawan & sohib dalam dunia yg fana ni, namun, setiap yang terdetik dalam hati kita, hanya Allah shja yg tahu.


Friday, February 1, 2013

Febuari!

Tahu tak bulan Febuari merupakn satu bulan sangat ohsem!. Kenapa?? Sebab nya, hnya bulan Febuari shja yg ada 28 hari dan pada empat tahun sekali ada 29 hari. Mana ada bulan lain yang mcm ni? Jadi, ohsemlah bulan ni.

Ohsem bulan ini telah menjadikan sesiapa sahaja yang lahir pada bulan ini kelihatan ohsem! jga. Huahuaha. Bulan ini sangat ohsem! bagi semua penghuni hutan Inarad tu. Nak tahu kenapa? Sebab, ada empat penghuni hutan Inarad akan menyambut ulang tahun keberadaannya di muka bumi Allah ini. Penghuni hutannya adalah yang berikut:

1. Cik Ayam pda 4 Febuari
2. Cik Lalat pda 14 Febuari
3. Cik Arnab pda 16 Febuari
4. Cik Rimau pada 25 Febuari.

Empat penghuni adalah antara penghuni yang sangat ohsem! dalam hutan Inarad kerana mereka ini mempnyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri di mana secara tidak langsung telah melengkapi rantai makanan hutan Inarad. So hebat lah mereka ini.

Harapan den utk Febuari yg ohsem! ini adalah:

1. Semuga lbh baik dri yg lepas (daa~)
2. Semuga bulan yang ohsem! ini membawa kegembiraan bagi semua penduduk di muka bumi Allah
3. Shoot for the moon!
4. Harap den makin matang utk kedatangan digit baru dalam kehidupan.


Itu je lh nk meng-update blog yang memang.........speechless dh.

If kmu buka2, x ad post terbaru, maka, jom lh rajin2 ke sini

cikgumuda.tumblr.com

sebab, den sgt rajin 'reblog' di sini walau hari2 den makin sibuk skrg.
:)

#tidak ada peluang bertemu. Tidak apa,ada hikmah. Berinduan-rinduanlah kita.

Sunday, January 27, 2013

Bersawang!

Assalamualaikum. Bersawang blog ni. Haish, tuan punya blog sbuk dga blog yg lgi satu. Lagi satu, tuan punya blog dilanda sakit yg x pndai baik. Mcm mna jga x nak baik, tuan ni x pndai jga makan. Habis semua buah tempatan masuk dalam mulut dgan selamat. Last2, batuk x pandai baik smpai dlam bulan Januari ni je dah 2 kali melawat klinik.

K, kurg dari sebulan, satu tarikh yg mengubah kedudukan nombor akan berlaku. Oleh itu, den akan senaraikan wishlist den dlam blog ini supaya snanglh org2 yg sgt sayangkan den cari 'hadiah' utk den.

Wishlist:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.


Nampak?? If x nampak, mmg sure lh anda mmg ada problemo dgan mata. so, gunakan kad siswa dan lawatlah ke Focus Point ataupun Menara.

Ok,itu sahajalah nmpaknya perkongsian utk hujung bulan 1 ni. Doakan kesihatan den kembali seperti biasa.

Monday, January 14, 2013

Kuasa & Jawatan

Alhamdulillah,sebelum melangkah keluar dri bilik semalam, sempat lgi berdoa dalam hati:

'Ya Allah,permudahkanlah urusan hari ini'

Alhamdulillah, rasa sangat2 bersyukur. Segala urusan berakhir dgan mudah. Cuma, yang agak mcm seronok,    sesiapa yg x nak terlibat dgan pemilihan tanzim baru, blh lh undur ke belekang.

Ha! Sure lh den x kan undur walau seinci pn dalam pemilihan tanzim baru. Sebab, if tanzim baru itu den x setuju, belakang hari nanti,den x nak merungut. So, tanzim yang baru ni, den ada juga terlibat dalam pemilihan. InsyaAllah, den akan berpuas hati dan sentiasa berlapang dada.

Den x pegang apa-apa jawatan untuk tanzim 2013. x tahu kenapa,tapi seriously mmg berniat nak jadi ahli biasa.

Apa-apa pun, besar harapan den utk JKM2013 ni. Semoga kita semua diberkati Allah selalu~