Sunday, February 17, 2013

Rindu Terubat

Alhamdulillah, antara nikmat yg Allah bagi yang tidak terkata langsung, berpeluang ke Sipitang. Sipitang salah satu daerah di Sabah Negeri Bawah Bayu. Perjalanan ke Sipitang bermula pada hari Jumaat yang lepas, 15 Feb sekitar jam 1.00 petang. Alhamdulillah, segala onak duri telah berjaya diredah sepanjang perjalanan yang menguji keimanan dan kestabila mulut dan perut dari mengeluarkan isinya, den dan kawan-kawan yang lain selamat sampai di Pekan Sipitang sekitar jam 3.30 petang. Dua jam tiga puluh minit ini memang terbaiklah!

Masa bus sampai dkat Pekan Sipitang tu, dari cermin bus dh nampak Kak Yati. Senyum panjang dah. Teruja yang teramat tu dah pasti. Tapi dalam hati, x rasa mcm lain atau mcm 'lamanya x jumpa kak yati.' Mungkin sebab, selalu berhubung kan. Jadi, itu lah.Dari stesen bus tu terus ke BestaMart beli brg2 sikit then Kak Yati drop dkat rumah tmpat tinggal kami dan bersiap-siap untuk menjemput sohib2-sohib yang datang dari Kota Kinabalu pula. Malamnya,ada sikit sambutan hari jadi buat Mama Kak Yati. Semoga Allah panjangkan umur Mama Kak Yati dalam keimanan, semoga Allah bagi kesihatan yang baik kepada Mama Kak Yati untuk terus beribadat kepada Allah.

Hari kedua, seleps solat subuh dan bacaan al-Ma'thurat,Allah bagi peluang untuk belajar salah satu qasidah. Selawat buat Nabi yang tercinta, Nabi Muhammad. Kemudian, hemat diri untuk bersiap-siap bermusafir lagi ke Beaufort. Perjalan ke Beaufort bermula dari rumah Kak Yati hingga ke Tamu Beaufort dan Restoran Cili Hijau. Kembali semula ke Sipitang sekitar jam 3 petang lebih-lebih sikit kemudian ke Sindumin,melawat bekas senior kesayangan juga, Kak Ibah. Bahagia lah juga. Macam lama x jumpa Kak Ibah. Akhirnya, Allah panjangkan umur dan Allah bagi peluang untuk berjumpa kembali.Bersyukur sangat-sangat. Dari sana, perjalan diteruskan ke Esplanade semata-mata untuk beli satey. Adalah yang beli satey ayam,daging lembu dgan satey kambing. Malam tu,lepas isyak,smua org makan satey 2 dgan heavennya. Bahagia lagi 2 muka masing-masing. Lepas tu, setiap seorang sohib,diminta untuk kemukakan tiga peristiwa yang sangat menarik sepanjang mengikuti Jaulah 2.0. Banyak cerita yang alhamdulillah, menyentuh kekuatan qalbu. Antaranya:


  1. Keberadaan kita bersama ibu bapa. Saya percaya, setiap kita ni, kekuatan kita adalah kedua ibu bapa kita yang tercinta. Semua kita ni,sangat susah untuk berenggang dgan kedua ibu bapa bila kita punya sedikit masa untuk bersama mereka. Saya tahu,semua kita ni, jauh dalam hati ada hasrat untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita.Saya percaya, antara perkara yang menyebabkan kita berjaya hari ini adalah doa ibu bapa yang tidak pernah putus-putus buat anak-anak kesayangannya. Saya sangat percaya, kekuatan kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan adalah kerana ibu bapa yang tercinta. Saya sangat percaya, ibu bapa adalah orang-orang yang mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam hati kita selepas Allah dan Rasul SAW. Maka, berbaktilah untuk mereka selagi nyawa dikandung badan. Berusahalah menjadi anak yang soleh/solehah kerana hanya anak yang soleh/solehah ini lah yang mampu membantu mereka selepas nyawa tidak lagi menjadi milik.
  2. Hidup setiap kita ini adalah corak-corak indah yang telah Allah ciptakan untuk kita,khas untuk kita. Jadi sahabat-sahabat sekalian,berhentilah membandingkan keadaan kehidupan kita dengan orang lain. Yakinlah,corak hidup yang Allah ukir buat kita sangat indah dan sangat bermakna dan sudah tentu yang terbaik buat kita.Terima dan redha.
  3. Warga dunia vs warga akhirat. Fikir-fikirkan,kita ke arah mana?
Banyak sangat kenangan yang berlaku. Akhirnya,kami berpisah pada jam 9.++ pagi.Air mata menjadi saksi perpisahan. Type entry ni pun,rasa sayu itu masih terasa.

Ya Allah,kuatkanlah hati ini. Berkatilah hubungan ini. Semuga hubungan ini kekal hingga ke syurgaMu.

No comments:

Post a Comment