Friday, February 1, 2013

Febuari!

Tahu tak bulan Febuari merupakn satu bulan sangat ohsem!. Kenapa?? Sebab nya, hnya bulan Febuari shja yg ada 28 hari dan pada empat tahun sekali ada 29 hari. Mana ada bulan lain yang mcm ni? Jadi, ohsemlah bulan ni.

Ohsem bulan ini telah menjadikan sesiapa sahaja yang lahir pada bulan ini kelihatan ohsem! jga. Huahuaha. Bulan ini sangat ohsem! bagi semua penghuni hutan Inarad tu. Nak tahu kenapa? Sebab, ada empat penghuni hutan Inarad akan menyambut ulang tahun keberadaannya di muka bumi Allah ini. Penghuni hutannya adalah yang berikut:

1. Cik Ayam pda 4 Febuari
2. Cik Lalat pda 14 Febuari
3. Cik Arnab pda 16 Febuari
4. Cik Rimau pada 25 Febuari.

Empat penghuni adalah antara penghuni yang sangat ohsem! dalam hutan Inarad kerana mereka ini mempnyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri di mana secara tidak langsung telah melengkapi rantai makanan hutan Inarad. So hebat lah mereka ini.

Harapan den utk Febuari yg ohsem! ini adalah:

1. Semuga lbh baik dri yg lepas (daa~)
2. Semuga bulan yang ohsem! ini membawa kegembiraan bagi semua penduduk di muka bumi Allah
3. Shoot for the moon!
4. Harap den makin matang utk kedatangan digit baru dalam kehidupan.


Itu je lh nk meng-update blog yang memang.........speechless dh.

If kmu buka2, x ad post terbaru, maka, jom lh rajin2 ke sini

cikgumuda.tumblr.com

sebab, den sgt rajin 'reblog' di sini walau hari2 den makin sibuk skrg.
:)

#tidak ada peluang bertemu. Tidak apa,ada hikmah. Berinduan-rinduanlah kita.

Sunday, January 27, 2013

Bersawang!

Assalamualaikum. Bersawang blog ni. Haish, tuan punya blog sbuk dga blog yg lgi satu. Lagi satu, tuan punya blog dilanda sakit yg x pndai baik. Mcm mna jga x nak baik, tuan ni x pndai jga makan. Habis semua buah tempatan masuk dalam mulut dgan selamat. Last2, batuk x pandai baik smpai dlam bulan Januari ni je dah 2 kali melawat klinik.

K, kurg dari sebulan, satu tarikh yg mengubah kedudukan nombor akan berlaku. Oleh itu, den akan senaraikan wishlist den dlam blog ini supaya snanglh org2 yg sgt sayangkan den cari 'hadiah' utk den.

Wishlist:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.


Nampak?? If x nampak, mmg sure lh anda mmg ada problemo dgan mata. so, gunakan kad siswa dan lawatlah ke Focus Point ataupun Menara.

Ok,itu sahajalah nmpaknya perkongsian utk hujung bulan 1 ni. Doakan kesihatan den kembali seperti biasa.

Monday, January 14, 2013

Kuasa & Jawatan

Alhamdulillah,sebelum melangkah keluar dri bilik semalam, sempat lgi berdoa dalam hati:

'Ya Allah,permudahkanlah urusan hari ini'

Alhamdulillah, rasa sangat2 bersyukur. Segala urusan berakhir dgan mudah. Cuma, yang agak mcm seronok,    sesiapa yg x nak terlibat dgan pemilihan tanzim baru, blh lh undur ke belekang.

Ha! Sure lh den x kan undur walau seinci pn dalam pemilihan tanzim baru. Sebab, if tanzim baru itu den x setuju, belakang hari nanti,den x nak merungut. So, tanzim yang baru ni, den ada juga terlibat dalam pemilihan. InsyaAllah, den akan berpuas hati dan sentiasa berlapang dada.

Den x pegang apa-apa jawatan untuk tanzim 2013. x tahu kenapa,tapi seriously mmg berniat nak jadi ahli biasa.

Apa-apa pun, besar harapan den utk JKM2013 ni. Semoga kita semua diberkati Allah selalu~

Monday, January 7, 2013

A Call!

Masa dlam kelas tadi, tiba-tiba termainkan satu video yang sangat gemar ditonton, Memori JKM 2012. Tak tahu kenapa mungkin sebab suara yang ada dalam video tu kot yang buatkan diri ni nak tengok video tu banyak kali. Tengoklah video tu dengan kawan-kawan perempuan. Tiba-tiba adalah beberapa kawan-kawan muslimin yang tak semedang dok mengejak:

'Nangislah tu'

He3~ Den tak main lah nangis-nangis ni. Jumpa kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah. Tak ada apa yang nak sedih, sebab insyaAllah kalau tak berjumpa dekat dunia, dekar syurga Allah insyaAllah akan berjumpa juga.

So, trylah call orang yang dirindui itu. Well, the bad luck always on my side. So, maca sebelum-sebelum ni, call tidak berjawab.
Tengah duduk-duduk lepas rehat 2, ada kawan jerit:

'Ira, Kak Yati call'

Punya kalut tyme 2 nak jawab phone, smpai x tersambut. Ha8~ Lawak bila ingat balik masa nk jawab phone 2.

Akhirnya,dapat lah juga berbual walaupun sebenarnya sangat kejap. Memang banyak cerita nak diceritakan. Kalau dulu, hari-hari jumpa,jadi semua kerisauan hati dan kejadian aneh blh cerita pda hari kejadian. Sekarang ni, nak kena kumpulkan dulu cerita-cerita 2.

Friday, January 4, 2013

2013!

Kan dah kena tegur dgan kawan.
'Sejak dah ada tumblr,jarang ira update blog'

Ha8~ Padan lah muka..

Sekarang ni dah 4 Jan 2013. Dah empat hari dalam bulan Januari untuk tahun yang baru. Jadi, untuk empat hari ini ada apa-apa yang berubah? ha!

Ok, bercakap psal tahun baru, sudah tentu ada semester baru. Rasanya, untuk semester baru ni, mesti ada banyak azam kan. Macam ada kawan ckp dalam kelas hari itu.

'Awal sem ni,banyaklah azam kita. Nak buat assignment awal, nak study awal, semuanya nak awal lah. tak ada yang nak lambat. Tapi, last2, sama juga.'

Entah,itu terpulang pada masing-masing. Ada satu tips yang dikongsikan oleh Ustaz Rusli dalam satu tazkirah beliau. Ustaz kata

'Cuba sebelum belajar atau buat assignment,kita baca sehelai dua al-Quran. Lepas tu baru buat.'

InsyaAllah,tahun ni, den akan cuba ikut tips yang ustaz bagi. Bapak den pun ada bagi tips. Bapak kata:

'Lepas solat subuh 2, ambil air segelas, baca ar-Razak sebanyak 20 kali kemudian baca bismillahillazi la yadurru syai un fil ardi wala fissama'i wahuwal 'aliyyul 'azim. Lepas 2 minum air 2. Dengan berkat nama Allah ar-Razak 2, Allah akan bagi kita ilham yang baik-baik. ilmu yang baik-baik, panduan dalam melaksanakan sesuatu ,inysaAllah.

So,kawan-kawan, mari lah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Ingat, nak berubah ke arah yang baik banyak dugaannya. Jangan pula dalam perjalanan mengubah diri ke arah yang lebih baik, tiba-tiba ada ujian yang Allah turunkan buat kita, tiba-tiba kita rasa ini bukan masanya untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Jangan, itu jerat syaitan yang dilaknat. Allah SWT berfirman:

'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?' (al-'Ankabut,ayat 2)


So, kawan-kawan, jangan ikut kawan-kawan dalam berubah ke arah kebaikan ye. Contohnya, bila kita tengok roomate kita tak pergi solat jemaah dekat masjid, kita pun sama tak pergi. Sepatutnya kita siap-siap then ajak roomate kesayangan kita pergi. Ni baru betul. Rasanyan, kita tak nak ikut kawan kita tu kan jika nanti di hari perhitungan dia masuk neraka? Nauzubillah.

Ingat,perubahan itu memerlukan kekuatan. Kekuatan itu perlu dibina bukan tunggu Allah yang bagi. Ingat, Allah x akan ubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya mereka tidak berusaha mengubah nasib mereka.

Akhirul kalam,semoga redha dan rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.

Thursday, December 20, 2012

Sunday, December 16, 2012

Pak Long's House~

Bila semua duduk ramai2 dkat ruang tamu
Mesti tiba2 cerita lama, zaman kecil2 dulu yg kna cerita
Masa 2, malunya x terkata!!