Kan dah kena tegur dgan kawan.
'Sejak dah ada tumblr,jarang ira update blog'
Ha8~ Padan lah muka..
Sekarang ni dah 4 Jan 2013. Dah empat hari dalam bulan Januari untuk tahun yang baru. Jadi, untuk empat hari ini ada apa-apa yang berubah? ha!
Ok, bercakap psal tahun baru, sudah tentu ada semester baru. Rasanya, untuk semester baru ni, mesti ada banyak azam kan. Macam ada kawan ckp dalam kelas hari itu.
'Awal sem ni,banyaklah azam kita. Nak buat assignment awal, nak study awal, semuanya nak awal lah. tak ada yang nak lambat. Tapi, last2, sama juga.'
Entah,itu terpulang pada masing-masing. Ada satu tips yang dikongsikan oleh Ustaz Rusli dalam satu tazkirah beliau. Ustaz kata
'Cuba sebelum belajar atau buat assignment,kita baca sehelai dua al-Quran. Lepas tu baru buat.'
InsyaAllah,tahun ni, den akan cuba ikut tips yang ustaz bagi. Bapak den pun ada bagi tips. Bapak kata:
'Lepas solat subuh 2, ambil air segelas, baca ar-Razak sebanyak 20 kali kemudian baca bismillahillazi la yadurru syai un fil ardi wala fissama'i wahuwal 'aliyyul 'azim. Lepas 2 minum air 2. Dengan berkat nama Allah ar-Razak 2, Allah akan bagi kita ilham yang baik-baik. ilmu yang baik-baik, panduan dalam melaksanakan sesuatu ,inysaAllah.
So,kawan-kawan, mari lah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Ingat, nak berubah ke arah yang baik banyak dugaannya. Jangan pula dalam perjalanan mengubah diri ke arah yang lebih baik, tiba-tiba ada ujian yang Allah turunkan buat kita, tiba-tiba kita rasa ini bukan masanya untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Jangan, itu jerat syaitan yang dilaknat. Allah SWT berfirman:
'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?' (al-'Ankabut,ayat 2)
So, kawan-kawan, jangan ikut kawan-kawan dalam berubah ke arah kebaikan ye. Contohnya, bila kita tengok roomate kita tak pergi solat jemaah dekat masjid, kita pun sama tak pergi. Sepatutnya kita siap-siap then ajak roomate kesayangan kita pergi. Ni baru betul. Rasanyan, kita tak nak ikut kawan kita tu kan jika nanti di hari perhitungan dia masuk neraka? Nauzubillah.
Ingat,perubahan itu memerlukan kekuatan. Kekuatan itu perlu dibina bukan tunggu Allah yang bagi. Ingat, Allah x akan ubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya mereka tidak berusaha mengubah nasib mereka.
Akhirul kalam,semoga redha dan rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
No comments:
Post a Comment