Kehebatan al-Salam Allah terkandung dalam binaan diri kita sebagai seorang manusia, sebaik-baik kejadian. Allah telah menciptakan tubuh badan kita dengan selamat dan sejahtera dalam beberapa keadaan.Antaranya adalah:
- Badan kita tyme tdur kan bergerak atau gundah ke kiri dan ke kanan. Kenapa bergerak? Sebab saluran darah yang ditndih oleh berat badan akan tersekat.Dengan sifat al-Salam ini, Allah telah memberi keistimewaan kepada otak bahawa keadaan badan akan beralih sndiri utk memastikan pengaliran darah berjalan lancar
- Ketika tidur,air liur kita akan terkumpul dalam mulut. Dengan sifat al-Salam yang ada pada Allah, air liur itu akan mengalir dengan sendiri dalam kuasa Allah ke dalam salur perut secara automatik tanpa kita sedar kan diri
- Seluruh badan tidak bergerak ketika tidur,namun jatung tetap menjalankan tugasnya dalam mengepam darah ke seluruh anggota badan.
Ketakwaan seseorg diukur dgan kefahaman seseorg itu dengan nama2 Allah yg indah. Teringat cerita seorg ayah yang ingin mengahwinkan anak perempuannya kepada seorg lelaki di mana syaratnya lelaki tersebut mestilah menghafal nama-nama Allah satu2 bukan dengan menggunakan lagu Asma al-Husna yg dinyanyikan oleh Hijjaz mahupun Sami Yusuf. Namun, secara peribadai, bagi saya, lagu 2 merupakan salah satu inisiatif utk kita menghafal nama-nama Allah.
Jadi, kawan2, marilah kita memahami nama-nama Allah satu persatu. Rasanya, byk btul buku2 mengenai nama-nama Allah kena jual di kedai kan??
#Sedikit perkongsian dari slot Asmaul Husna olehNoorjehan Baharudin dari majalah Gen-Q isu no.7 Volume 3.
#Tadi tengok Cintai Ilmu/Cinta Ilmu yg diceramahkan oleh Syeik Muhammad Nuruddin. Try lh tgok,best~
No comments:
Post a Comment