Thursday, December 22, 2011

Baby2~

entri kali ini mengenai baby..hehe,knp baby?baru-baru ni ad pi lawat cuzzy, kak siti yang baru melahirkan anaknya yang ke-4 baby girl yg diberi nama Nur Farhana bint ...? lupa..so,ingin dikongsikan di sni adab-adab menyambut kelahiran bayi yang disarankan oleh seorg yg sgt disegani oleh Umat Islam, Muhammad SAW.

1. mengazankan bayi
adalah disarankan bapa kepada bayi yang baru dilahirkan utk mengazankan bayi pada telinga kanannya dan iqamat pada telinga kirinya. Nabi Muhammad ketika mendapat berita kelahiran cucunya Hassa, baginda telah mengazankan dan mengiqamatkan bayi tersebut. selain itu, bayi yang baru dilahirkan akan diganggu oleh syaitan yang direjam iaitu Ummu Sibyan. jadi dengan memperdengarkan kalimah-kalimah suci ini, anak tersebut akan terhindar daripada gangguan makhluk yang dilaknat ini. hanya bayi kelahiran Maryam shj yg tdak diganggu oleh syaitan atas doanya ketika mengandungkan bayinya iaitu 'Ya Allah, jauhkan keturunanku drpd gangguan syaitan yang direjam'

2. Mentahnikkan anak tersebut. memberikan makanan-makanan yang manis berupa madu, kurma kepada bayi tersebut. pada zaman Rasulullah SAW, mana-mana bayi yang baru dilahirkan akan dibawa terus berjumpa dengan Nabi maka Nabi akan mentahnikkan bayi tersebut sebelum bayi itu menyusu. ini antara amalan yng dilupakan hari ini. jangan kta jadi antara yang melupakan sunnah ini.

3. Memberi nama
amalan ini dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi tersebut. saya pernah berjumpa dengan seorang yang tidak memberitahu nama bayinya yang baru dilahirkan hatta kepada isterinya sendiri sehinggalah hari ketujuh kelahiran bayi tersebut. barulah ind tadi akan ke hospital utk menyiapkan sijil lahir bayi tersebut. hari ini, baru 10 min anak tu dilahirkan,sudah dinamakan. apa salahnya kita mengikut sunnah Nabi ini. kalau bukan kita yang ikut,siapa lagi. menamakan anak merupakan kewajipan bagi setiap ibu bapa. namakan anak-anak dengan nama yang baik iaitu nama-nama Allah, nama para anbiya' & antara nama yang trbaik ialah Abdullah dan Abdul Rahman.

4. Melakukan ibadah aqiqah
ibadah aqiqah juga ntara yang dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing atau 2 bahagian lembu & anak perempuan dengan 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu. kemudian daging yang disembelih hendaklah dimasak manis dan diberi makan orang ramai.Ramai hari ini membiarkan anak-anak membesar tanpa melakukan ibadah ini. ingtlah, ini merupakan tuntutan yang perlu disempurnakan. walaupun anak tersebut sdah besar panjang & sdah mempunyai anak, ibadah ini perlu dilakukan.

5. Bercukur
Bayi yang baru lahir disunatkan untuk bercukur pada hari ketujuh kelahirannya. rambut yang dicukur hndaklah ditimbang dengan emas & kemudian diberikan kepada fakir miskin.

6. Berkhatan
Berkhatan adalah sunnat kepada anak lelaki manakala digalakkan kepada anak perempuan

harap2, bnda blh direview bbrp thun slps thun ini..faham?? ho5~
smuga kita menjadi org sntiasa mengikuti sunnah nabi spertimana sabda Allah SWT dalam surah ali'imran ayat 31~

2 comments:

  1. insyaAllah, moga dapat dipraktikkan dalam dua, tiga tahun lagi lepas ni.. =)

    ReplyDelete
  2. hua3~
    insyaAllah,ilmu Allah ad dmana2 shja

    ReplyDelete